Kaca Jendela Ainnur

Kaca Jendela Ainnur

Diya Nordin / Sep 21, 2019

Kaca Jendela Ainnur Seumur hidupnya dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata Dari kecil dia sering tertanya tanya kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama Ain

  • Title: Kaca Jendela Ainnur
  • Author: Diya Nordin
  • ISBN: 9789675118517
  • Page: 112
  • Format: None
  • Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata Dari kecil dia sering tertanya tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang kurang dia punya kasih seorang bapa Tapi dia salah Ayah seperti mama Tidak pernah meSeumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata Dari kecil dia sering tertanya tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang kurang dia punya kasih seorang bapa Tapi dia salah Ayah seperti mama Tidak pernah menerimanya sebagai anak.Dia menjadi daki dalam keluarga Dia sedar duduk dirinya Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.Kata Zhafran, Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba Tapi juga Uncle Luqman Salah ke mereka hingga turut terhukum Apa yang Zhafran tahu Semuanya dia yang tanggung Rasa pedih, terluka Semuanya ditelan sendiri Dia sudah sehabis daya mencuba Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam

    • Unlimited [Music Book] ✓ Kaca Jendela Ainnur - by Diya Nordin ↠
      112 Diya Nordin
    • thumbnail Title: Unlimited [Music Book] ✓ Kaca Jendela Ainnur - by Diya Nordin ↠
      Posted by:Diya Nordin
      Published :2019-06-27T00:27:50+00:00

    About "Diya Nordin"

      • Diya Nordin

        Blogging since 2004 CurrentA blogger not a novelisMenulis kerana itu caranya meluahkan eksperesi diri Kerana hanya itu saja caranya untuk berkongsi rasa.Menulis,kerana hanya mungkin itu caranya menambahkan amal di bahu kanan.Nauzubillahi min zalik,semoga apa yang ditulis itu tidak menambahkan amal di bahu kiri.Menulis,kerana apa yang hadir itu adalah pemberian Nya.Ilham Nya.Itu inspirasi dari DIA.Dan moga ada yang terinspirasi dari penulisan ini.Semoga ada jalinan pahala dalam setiap yang ditulis.Dan ayah,Apa yang kutulis ini, untukmu.Moga pahalanya, milikmu.Boleh dihubungi menerusi Email diyanordin at gmail dot comFacebook diyanordingeInstagram diyanordinlens


    995 Comments

    1. Terima kasih kepada Ulat Buku di atas hadiah yang comel ini :D Patutlah hati berat je nak masukkan novel ini dalam wishlist, rupanya ia akan 'hadir' sebegini. Kemudiannya dapat bertemu empat mata dengan penulisnya sendiri. Terima kasih! *senyum lebar*Ainnur Shahirah [Ainnur]; aku jatuh cinta dengan peribadinya. Bagaimana dia meniti hidupnya yang berliku. Bukan senang untuknya berdepan dengan Syuhairah walaupun wanita itu ibu kandungnya sendiri. Seumur hidupnya, Ainnur tidak pernah dipedulikan. U [...]


    2. Kisah kekeluargaan yang meruntun jiwa. Siapa yang tak kecil hati , dendam, jiwa lara, merintih sedih apabila mama dan ayah kandung tidak mahu menerima diri sebagai anak mereka. Kelahiran Ainnur Shahirah dianggap sebagai satu kesilapan masa silam bagi Syuhairah dan Amir Iskandar. Lalu anak yang cuba meraih kasih sayang dan perhatian mama belajar bersungguh2 sehingga menjadi pelajar terbaik dalam SPM dan menyambung pelajaran ke Universiti dalam bidang perundangan agar dia dapat berbicara topik yan [...]


    3. Tergoda dengan cover KACA JENDELA AINNUR dalam deretan novel di Perpustakaan Awam. X sangka ada permata yang bersinar di celah-celah susunan tersebut.WELL, of course no sinopsis from me. dah ramai pembaca terawal yang ringan tulang.Melewati KCA. seperti: masuk ke bilik, nyalakan bedlamp, pasang aircond, make sure air-freshner on, tarik blanketdan nangislah sepuasnyajangan tinggalkan naskah selagi belum sampai ke halaman terakhir.Penceritaan hanya berpaksikan Ainnur Shahirah, walaupun menggunakan [...]


    4. Diya Nordin bukanlah penulis baru bagi saya. Saya ‘kenal’ beliau lewat karya-karya e-novelnya yang pernah saya ikuti suatu waktu dahulu. Saya pernah ber’tunggu-tangga’ di blog beliau menantikan entry terbaharu. Ternanti-nanti sambungan e-novel garapan beliau. Dan salah satunya adalah e-novel Masihkan Ada Kasih. Itu dulu. Masa saya masih punya waktu luang yang banyak. Masa saya ketagih untuk membaca karya-karya e-novel daripada penulis-penulis baru yang berbakat besar. Kini Masihkah Ada K [...]


    5. KJA membawa tema kekeluargaan yang dilihat dari sudut tanggungjawab antara anak dan ibubapa sebagai tunjang utama penceritaan. Tema ini jarang2 menjadi topik utama dalam novel masa kini. Jika ada pun hanyalah menjadi tema sampingan yang mana penulis kini lebih menitik beratkan tema percintaan antara uda dan dara.Dalam KJA, DN cuba membawa kita kepada persoalan ‘seorang ibu dan bapa boleh menjaga dan mendidik berbelas-belas anak. Namun sebagai anak mampukah kita untuk menjaga ibubapa kita. KJA [...]


    6. Well done! Cerita yang menyentuh hati. Mama Ainnur Shahirah tidak pernah menunjukkan kasih-sayangnya pada Ainnur. Mama beritahu bahawa Ainnur adalah anak yang tidak sah tarafnya kerana berdendam dengan Ayah Ainnur. Ainnur jadi fobia untuk mendiri rumahtangga kerana takut Mama dan diri sendiri dihina di kemudian hari. Mama juga lebih beratkan anak-anak dia dengan Uncle Papa sehingga sering menderhaka kepada suami sendiri. Ainnur tidak mahu rumahtangga Mama kocar-kacir. Ayah pula menafikan bahawa [...]


    7. Syahdunya cerita Kaca Jendela Ainnur ni. Pengisahan hidup si gadis Ainnur Syahirah ni betul2 menitiskan airmata. Begitu cekal ~ begitu tabah dia mengharungi hidup selama berpuluh tahun ~ tanpa adanya tanpa kasih seorang ibu seorang ayah. Mereka yang sebenarnya ada cuma menganggapnya, Ainnur Syahirah sebagai kudis dalam kehidupan mereka.Aku suka penceritaan Zhafran Huwaidi dalam buku ni. He's like a candle to Ainnur. Keeps enlighting her console her ~ in any obstacles that she have to go through. [...]


    8. menitik air mata membacanya penyampaiannya jalan cerita dan bahasanya buat aku jadi sebak walaupun jalan ceritanya agak klise (macam pernah baca je tapi tak ingat novel siapa)


    9. Ainnur Shahirah & Zhafran HuwaidiUjian Allah itu sebenarnya untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ~Surah Al-Baqarah Ayat 126~


    10. Kaca Jendela Ainnur; dalam naskah e-novelnya, Masihkah Ada Kasih menceritakan tentang kehidupan seorang anak yang tersisih. Hakikatnya, Kaca Jendela Ainnur yang dibukukan ini, lebih ringkas dari e-novelnya. Penceritaannya sudah diubah dari asal. Biar lebih ringkas.Ini merupakan tulisan ke dua selepas e-novel Natalia Natasha atau versi bukunya dan dafodil pun berbunga lagiYa, ini juga naskah yang ditulis ketika masih menjadi sebahagian dari warga lembah Sintok. Satu petang; ketika sedang memandan [...]


    11. sangat2 menyentuh hati sayakarya kak diya memang lain dari yang lainrkisarkan tentang hubungan sesebuah kekeluargaaniaitu tentang anak yang disisihkan oleh ibu bapa kandungnyannur sangat2 tabah mengharungi hidupnya dan sentaiasa berusaha untuk memenangi hati ibunyamun sampai satu saat, ainnur berputus asa sehingga menyebabkannya menyisihkan diri ke manchester untuk mengubat hatinya yang lukacerita ni mmg sangat2 membuat saya terasa sedih, geram, terlukaolah2 saya turut mengalaminyakak diya berja [...]


    12. Ini adalah perjalan kisah sebuah keluarga. Semua manusia adalah tidak sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW. Jika ibu bapa kita melakukan kesilapan, mereka adalah manusia. Kita tidak ada hak untuk menghukum mereka, sebaliknya kita menerima mereka seadanya, mengambil iktibar daripada segala kesalahan yang kita nampak di mata kita sebagai seorang anak dan menegur mengikut kemampuan kita.Penulisan ini banyak mengingatkan tentang agama. Segalanya dikaitkan dengan Pencipta kita, Allah SWT. Terima kasih [...]



    Leave a Reply