Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Raja Ahmad Aminullah / Feb 18, 2020

Minda Tertawan Intelektual Rausyanfikir dan Kuasa Minda Tertawan mengemukakan pandangan pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademik di negara ini yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik Apa yang menjadikan

  • Title: Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
  • Author: Raja Ahmad Aminullah
  • ISBN: 978967583211
  • Page: 378
  • Format: Paperback
  • Minda Tertawan mengemukakan pandangan pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademik di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik Apa yang menjadikan pandangan ini menarik untuk dinilai ialah ia datang daripada seorang yang hingga hampir 10 tahun lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara langMinda Tertawan mengemukakan pandangan pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademik di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik Apa yang menjadikan pandangan ini menarik untuk dinilai ialah ia datang daripada seorang yang hingga hampir 10 tahun lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara langsung, di kedua dua belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik terbesar di negara kita Satu pandangan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti manusia di negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada takrif dan penguasaan politik kepartian Haris Zalkapli, Penulis, Editor Akhbar Siasah 2006 2010Karya yang merupakan hasil renungan dan pemerhatian teliti seorang penyair, penulis, aktivis masyarakat dan insan budiman sejati, Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa dan mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan Beliau menekankan satu satunya jalan keluar daripada lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara mengembalikan integriti, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama hilang Tan Sei Hon, Penulis dan Kurator

    • [PDF] ↠ Free Read ↠ Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa : by Raja Ahmad Aminullah ï
      378 Raja Ahmad Aminullah
    • thumbnail Title: [PDF] ↠ Free Read ↠ Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa : by Raja Ahmad Aminullah ï
      Posted by:Raja Ahmad Aminullah
      Published :2019-06-05T03:51:12+00:00

    About "Raja Ahmad Aminullah"

      • Raja Ahmad Aminullah

        Raja Ahmad Aminullah Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa book, this is one of the most wanted Raja Ahmad Aminullah author readers around the world.


    381 Comments

    1. Buku yang menarik untuk dibaca dan diteliti. Memberi pandangan yang jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya dalam kalangan intelektual. Seharusnya dibaca dan dihayati oleh mereka yang seronok digelar Doktor, Profesor, Intelek, dan sebagainya kerana sesungguhnya kebanyakan dari mereka sudah lupa apa guna mereka ditabal dengan gelaran sebegitu. Masyarakat mundur perlu kepada golongan intelektual untuk mencerahkan mereka. Malang apabila masyarakat dicandu dengan kemaj [...]


    2. Sebuah pandangan/kritikan terbuka yang digarap secara berhemah daripada Raja Ahmad Aminullah ke atas bidang serta golongan intelektual dan rausyanfikir di negara ini yang umumnya (menurut beliau):i. mabuk kuasa, kemaruk mengejar pangkat dan gelar di institusi masing-masing;ii. penakut serta membudayakan 'ampuisme' khususnya terhadap golongan yang berkuasa serta memegang tampuk pemerintahan;iii. mengabaikan salah satu tugas hakiki iaitu berperanan untuk melebarkan jalur pemikiran masyarakat;iv. t [...]


    3. 1. Mulanya saya fikir buku ini bukanlah untuk saya; saya bukan intelektual (saya anggap intelektual adalah para pemikir tulen yang membaca buku sukar2 untuk mencerahkan pemikirannya dan menghasilkan produk2 berguna hasil pemikirannya). Tetapi kata RAA, semua orang yang pernah mendaki tangga pengajian tinggi dan berada di persadanya, itulah intelektual. Jadi setelah itu, saya pun meneruskan bacaan sehingga habis, dengan penerimaan baru, bahawa saya sudah boleh menganggap diri seorang intelektual [...]


    4. Mengakhiri pembacaan dua hari buku 'Minda Tertawan' di tengah petang yang panas dengan ingatan sajak ini: "Dapatkah kau menghayatikekayaan rohani intelektualdi tengah-tengah kemiskinanberbanding negara yang kaya materi dan bendanyanamun miskin pemikiran dan rohaninyahanya tubuh berpakaian kain kilat dari korea,dubai dan paris" Sajak Libros Ghandi, Raja Ahmad Aminullah, Disember 1996. Terima kasih buat Sekolah Massa yang membuat resensi tentang buku ini, kerana telah membuatkan saya teringat semu [...]


    5. Seperti kata A. Samad Said, "Perlu ramai 'intelektual' bukan 'intelekjual'."Buku ini disaran baca kepada mereka yang mementingkan prinsip dan kemerdekaan jiwa dalam hidup.Boleh juga dibuat hadiah hari guru pada prof kangkung. kahkah!


    6. Penulis membicarakan tentang konsep intelek. Kritikan lebih kepada para intelektual yang merendahkan tahap inteleknya oleh kerana nama, pangkat dan wang. Harus baca


    7. walaupun idea-idea dan kritikan yang dibawakan penulis adalah penting dan relevan (walaupun kata kawan saya ada isunya sudah ketinggalan zaman- saya tidak bersetuju kerana berbicara tentang politik Malaysia, kini, pada 2016, tampak tiada banyak bezanya dengan dulu), tetapi seringkali perhatian saya lari dari isu dan kritikan serius beliauya penulisannya yang membuatkan saya sedikit irritated, annoyed, kerana seringkali beliau menggunakan gaya penceritaan "kawan saya bla bla bla" atau menyebut na [...]


    8. Subjeknya ialah gesaan pengarang akan keperluan kepada keberaniaan intelektual mewujudkan kuasa ketiga atau ruang awam dalam konteks sosio-politik Malaysia era ini. Diceritakan ialah betapa upaya intelektual Malaysia dimandulkan pada era Mahathir dan nampaknya seakan menjadi budaya pula pasca-mahathir. Disinilah, Raja Ahmad Aminullah, dengan hujah-hujah yang mengesankan membincangkan akan keperluan agar intelektual, seniman, budayawan, wartawan dan siapa saja yang memegang watak dalam masyarakat [...]


    9. Raja Ahmad Aminullah's Minda Tertawan reminds me of Edward Said's Representations of the Intellectual in which he discusses the role, duties and expectations of the intelligentsia. Though E. Said's arguments are more fluid and augmented, Raja Ahmad Aminullah's take on the issue contextualizes the locality he draws the discourse from.In his criticism, he talks of all levels of the strata. From the youth to politicians - his friends, acquaintances and enemies. He paints a picture of a Malaysia ber [...]


    10. Saya anggap buku ini sedikit sebanyak membantu mengungkapkan rasa hati saya bila memikirkan peranan intelektual, bijakpandai yang lebih gemar menyepi dan bergelumang dalam lautan akademik. Tidak berani menyuarakan nasihat yang diperlukan kepada pemerintah kerana dilihat berlaga arah aspirasi pemerintah.Penulis bawakan beberapa contoh yang menunjukkan ramainya manusia tidak berani menyuarakan ketidaksetujuan biarpun mempunyai posisi sebagai pembuat & pelaksana dasar. Kebanyakannya hanya mampu [...]


    11. Nyahkan nadim-nadimSupaya mudah kita bekerjaAgar dunia ini milik kita.3 baris diatas merupakan sedutan ringkas dari salah satu puisi di bahagian akhir buku ini. Penulis mengungkit dan mengupas persoalan semasa melalui perlambangan siapakah “nadim”, siapakah “kita”, apakah “kerja” dan “dunia” didalam masyarakat kita melalui renungan beliau merentas zaman.Pengkhianatan terhadap intelektual, budaya cium tangan, isu self-censorship, budaya please-don’t-quote-me, kecenderungan menga [...]


    12. Anda tahu akan ada orang yang 'pom-prang, pom-prang' depan kita tapi pada penghujung perbualan dia akan kata, ni antara kita berdua saja ya, aku staf kerajaan. Itu yang saya hadapi dalam dunia buku. Beberapa orang bertaraf staf kerajaan biasa mahupun bertaraf pensyarah hanya berani bercakap belakang-belakang saja tapi tidak berani berhadapan dengan orang di hadapannya. Malahan, jika di pesta buku, memohon diskaun berkali-kali ganda daripada harga asal sedangkan harga buku yang dijual tidaklah me [...]


    13. Intelektual sejati tidak akan memisahkan dirinya daripada masyarakat dan marhaen. Tugasnya adalah untuk menyuluh dalam gelap kerana tidak semua orang mempunya abiliti dan kapasiti untuk berfikir tentang hal yang besar dan kompleks.Malangnya, tanpa membaca buku ini pun kita dapat melihat ketandusan golongan intelektual dalam kalangan kita. Mungkin juga budaya pop menenggelamkan mereka daripada arus perdana.Harapnya buku ini dapat kembali menjadi penyuluh kepada intelektual generasi muda pula agar [...]


    14. Membaca buku ini tatkala isu Tun Dr. Mahathir menegur cara pemerintahan DS Najib sibuk diperkatakan. Terus terasa ada satu contoh yang kena dengan waktu berlaku seiring dengan pembacaan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Raja Ahmad Aminullah. Tersedar betapa golongan intelektual tidak berjaya memperoleh kedudukan bebas dalam negara; bebas memberi kritikan membangun terhadap dasar-dasar negara, juga bebas daripada menjadi alat bantuan pemimpin politik. Buku ini wajar dibaca oleh golongan pelajar, [...]


    15. Minda Tertawan antara buku Raja Ahmad Aminullah yang saya fikir suatu penulisan yang kritis dalam ide-ide pembangunan masyarakat intelek dan pada masa yang sama menekankan peranan intelek yang perlu sama-sama bergerak membangunkan masyarakat. Buku ini juga tidak hanya memberikan suatu pendedahan kepada golongan intelek semata tetapi kepada mahasiswa dan masyarakat yang merupakan entiti dalam pembinaan tamadun negara. Pembacaan saya sedikit sebanyak semain berkembang untuk menyentuh soal sosial d [...]


    16. Buku ini saya tidak sengaja membacanya ketika sedang membelek-belek buku lain di Popular. Mula-mula baca di pertengahan muka surat. Wah, sungguh kritis bahasa yang digunakan. Saya tertawan untuk baca buku ini. Macam menyelongkar sesuatu yang misteri, padahal tiada ada apa pun. Isu dibawa dalam buku ini sudah saya ketahui lama. Tetapi apabila ada penulis menulis sebegini dengan pendekatan mengambil "isi" bukannya mengambil "peribadi" membuatkan minda saya tertawan. :D


    17. Intelektual ialah golongan yang menjadi suara diruang awam dalam memimpin masyarakat dan mempertahankan prinsip keadilan.Namun begitu sejauh mana golongan intelektual menjadi sebahagian daripada pembina bangsa dan tamadun?karya ini sedikit sebanyak menceritakan tentang peranan sebenar intelektual sudah ditinggalkan akibat culture of fear dan budaya hidup didalam keadaan yang selesa.


    18. Para intelek, cendekiawan dan rausyanfikir bukanlah suatu bentuk pekerjaan untuk mendapatkan keuntungan material, pangkat mahupun kuasa, tetapi ia harus dilihat sebagai pilihan untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.



    19. Thought-provoking, well written. Some of ideas may not be new but not many actually put it down in writing.


    20. Still reading , will review after i have read it. So sorry Uncle Raja Ahmad, I could not be there last Sunday


    Leave a Reply